Pemakanan yang seimbang merupakan kunci utama ke arah amalan gaya hidup sihat. Sewajarnya kita mengambil makanan yang seimbang dan menjadikannya budaya hidup setiap hari. Makanan yang tidak seimbang akan menyebabkan seseorang itu mudah mendapat penyakit bahaya seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit kencing manis. Seseorang ltu juga mesti minum banyak air setiap hari. Sesungguhnya, tubuh kita akan mendapat zat dan vitamin mencukupi serta dapat mengelakkan penyakit berbahaya jika kita mengamalkan pemakanan seimbang.
Amalan gaya hidup sihat juga meliputi aktiviti senaman. Aktiviti senaman membolehkan darah mengalir dengan lancar dan jantung dapat berfungsi dengan baik. Peluh yang keluar ketika bersenam dapat membuang sisa toksik dalam badan seseorang. Aktiviti senaman boleh kita lakukan di taman permainan atau di dalam dewan. Oleh itu, seseorang mestilah bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama 20 minit bagi setiap sesi untuk menjadikan tubuh sihat.
Mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara berkala juga merupakan amalan gaya hidup. Seseorang itu tidak sewajarnya hanya berjumpa doktor setelah mendapat penyakit. Oleh itu, kita perlu mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk mengetahui tahap kesihatan kita agar dapat mengambil tindakan yang sewajarnya jika kita mula diserang penyakit. Sesungguhnya, tahap kesihatan yang baik membolehkan seseorang itu menjalani kehidupan dengan lebih sempurna dan ceria.
Menjaga kebersihan rumah dan persekitaran tempat tinggal juga merupakan amalan gaya hidup sihat. Tempat tinggal kita seharusnya bersih dan terhindar daripada hidupan serangga seperti nyamuk, lalat atau lipas. Persekitaran yang bersih membolehkan kita mendapat udara yang nyaman dan bersih. Kita boleh menjaga kebersihan tempat tinggal kita dengan membuang sampah sarap yang terdapat di rumah kita ke tempat yang sesuai. Selain itu, air bertakung yang menjadi tempat nyamuk membiak juga perlu dihapuskan. Amalan menjaga kebersihan rumah patut diterapkan kepada anak-anak sejak kecil lagi.
Amalan gaya hidup sihat juga dapat diamalkan jika kita tidak melakukan perkara yang boleh menjejaskan kesihatan. Antara perkara-perkara yang boleh menjejaskan kesihatan ialah merokok, mengambil dadah dan minum arak. Di samping menjejaskan kesihatan, amalan ini juga menyebabkan seseorang membazir wang yang sepatutnya boleh digunakan untuk perkara-perkara yang lebih berfaedah. Perbuatan menagih dadah juga boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan dalam keluarga dan dijangkiti penyakit AIDS. Oleh itu, pihak kerajaan boleh mengadakan kempen untuk menghindarkan rakyat daripada melakukan perkara-perkara yang boleh menjejaskan kesihatan
Wednesday, 27 August 2014
SAHABAT
Alangkah indahnya.....
Jika hati-hati kita dapat merasai kasih sayang dan ukhuwwah
Mengisi setiap nafas yang terhembus dengan mengingatiNya...
Alangkah indahnya...
Jika kata-katamu mengingatkan aku
Kata-kataku mangingatkanmu
Lalu jadilah kita umpama batu-bata
saling memerlukan untuk membina
bangunan yang kukuh

Tapi...
Betul juga kata sahabat...
Iman itu bukan angan-angan
Tetapi perlu dibuktikan dengan amalan...
Sahabatku
Hati ini sedih
Masih tidak mampu memberi rasa hati
Mungkin kerana hati ini keras
Mungkin kerana hati ini gelap
Mungkin kerana hati ini terhijab
Dan amat sedih jika hati ini mati
Maafkanlah kelemahan diri ini........
Sahabatku
Hati yang keras ini masih perlu di gilap
Perlu banyak dididik
Untuk menyentuh hati
Untuk menjernihkan hati
Untuk menghidupkan hati
Semoga Allah membuka jalan dan
mempermudahkan perjalanan ini
Meredhai setiap langkah yang terhayun
Kerana perjalanan ini masih panjang dan berliku-liku....
Sahabatku
Jika hari ini aku terlalu gembira
Sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah...
Jika ku bersedih tanpa kata
Pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta
Jika ku lemah tak berdaya
Ingatkan aku dengan kehebatan syurga...
Jika antara kita ada tembok yang memisahkan
Ajaklah aku meleraikannya segera
Jika pernah hatimu terluka
Luahkanlah agar aku berubah..
Dan jika esok ku lena tanpa terjaga
Iringilah lenaku dengan kalungan doa...
Berjanjilah sahabatku
Ukhuwah kita untuk selamanya....
Monday, 25 August 2014
RESIPI PAVLOVA
BAHAN-BAHANNYA
1 cawan gula kastor
2 camca teh cuka makan
(* tepung jagung dan cuka tu saya guna 1 camca je, supaya senang nak ingat)1/2 camca teh esen vanilla
Topping:
Whipping cream (saya pakai jenis non Diary whipping cream, kalau malas beli ready made pun ada)
Strawberry, Raspberry, Blueberry, Mangga, limau ect(guna buah masam sebab nak counteract cik pavlova manis tu)
CARA MEMBUATNYA
2.Putar putih telur pada kelajuan tinggi hingga berbuih (soft peak),kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga kental dan berkilat (stiff peak)
Jangan guna telur sejuk. JANGAN ADA walau sedikit kuning telur, minyak atau air. Malah sebab tu sampai ada nasihat guna bekas stainless steel atau tembaga je terus
3. Masukkan cuka makan dan tepung jagung, gaul rata adunan dengan spatula.>Bukan mixer ye
4. Masukkan adunan ke dalam piping beg yang dipasang nozel. mengikut saiz pada lukisan dikertas minyak tadi
* Saya tak pakai nozel, terus tuang atas baking paper dan pandai2 ler ratakan guna pisau kek
5.Masukkan ke dalam oven, turun suhu menjadi 100C-110C dan bakar 1 jam- 2 jam. Kemudian biarkan ia sejuk dalam oven dengan buka sedikit tepi pintu oven
* WAJIB guna api atas bawah ye, dan letak dulang bakar di tengah2 oven hehe
p/s: saya gunakan api bawah je asalnye, tapi atas lambat pula masak, bila turn api atas tu y jadi cam pic bawah ni he
Meringue masak apabila luarnya berwarna perang cream, rangup bila tekan sikit di luar.
Kalau sanggup, pecahkan lah sikit dalam tu nak tengok lembut ke tak ( ", )
6. Ambil pavlova tadi, letak whipping cream ditengahnya dan susun buah2an segar mengikut kreativiti anda.
bahan-bahan untuk membuat pavlova yer ;)
hiaskan pavlova ikot kreativiti anda masing-masing dan hidangkannya








